Search This Blog

Wednesday, 8 July 2015

BakSo SedAp SimplE n NyamaN

Assalamualaikum dan Morning.... :D

Mulakan Hari Anda Dengan senyuman dan Memikirkan perkara-perkara positif di Pagi Hari supaya Hidup Bertambah sihat dan gembira...

Hari ni da masuk ari ke22 Puasa.. x lama da nak meninggalkan ramadhan.. sedih rasa hati.. sebab amalan bulan ni x berapa banyak... Hilanglah Ramadhan Hilanglah bulan penuh kerahmatan dan Kasih Sayang Oleh...

semalam Rumate saya n saya teringin betul nak  makan bakso... jadi kiteorg mula la merancang membeli barang... tpi buat simple2 je la... biasa laa pelajar main campak-campak je la... tp nasib jadi jugak bakso tu... semua makan dua kali tambah... then habis... Gembira betul kalo makanan kita masak habis di makan kan... happy.. happy.. happy.. terima kasih kepada yang makan... :D :D :D 


Resepi Bakso Ringkas

Hidangan 4 orang

Bahan 1

1. Bihun

2. Tauge

3. Kobis

Cara-Cara: 

*Just lembutkan bihun dengan air panas. Biarkan didalam air panas sehingga lembut.
* Potong Kobis secara memanjang dan nipis.. baru sedap dimakan panas2 bersama kuah baksa... :D


Bahan 2

1. 3 Biji Bawang Merah

2. 2 Biji Bawang Putih

3. 1/2 inci Halia

4. 1 sudu kecil lada sulah

5. 1 1/2 cube ayam knor

6. Sup Bunjut

7. Rangka Ayam  (saya guna bahagian dada.. terkejut bila beli harganya cume RM0.70)

8. Meat Ball FIgo


Cara-caranya

1. Tumbuk Bawang merah, bawang putih hingga lumat. Kemudian Panaskan periuk dan tumiskan sehingga naik bau.

2, Selepas naik bau.. Masukkan Ayam kedalam periuk. kemudian masukkan air 700ml atau sebanyak yang diinginkan berserta 1/2 cube ayam supaya rasa ayam naik.

3. Tunggu sehingga mendidihkan.. Kemudia Masukkan Lada Sulah dan Sup Bunjut ke dalam air mendidih.

4. Biarkan seketika, kemudian masukkan Meat Ball yang dibeli.. biarkan selama 4 minit sehingga meat ball masak.

5. Siaplah Sup untuk Bakso kite..


Bahan Untuk Cili Kicap yang simpLe je..

1. 20 Biji Cili

2. 1 Senduk Kuah SUp

3. 5 Sudu Besar Kicap Manis

4. 4 Sudu Besar Kicap Masin

cara-caraNya

* Tumbuh cili hingga lumat yang diiginkan...kemudian Masihkkan sup n Kicap... Jadilah Cili Kicap Untuk Bakso Kite <3


Jom Tengok Gambar2 di Bawah:


Ni Meat Ball yang Digunakan



Meat ball yang Tengah mendidih dalam Periuk..


Ni je la Gambar Bakso yer.. Almaklum la Pelajar U Mangkuk pon Gune Bekas tapawe je ler...:D :D


Yang Penting Rasanya Sedap dan mengancam.. sebab semua orang makan Hingga bertambah2 n kenyang... :D :D

Cube la.. Mudah Je... hehehhe :D

lain kali nak Cube wat Meat Ball sendiri pulak..:D 


Hidupkan Cinta kerana Dengan Cinta akan Lahir Kebahagian yang Hakiki

No comments:

Post a Comment