Search This Blog

Tuesday, 11 August 2015

Petua, Masalah dan Penyelesaiaanya...



Amalan amalan yang telah diamalkan oleh nenekk Moyong kita mula dilupakan.. sedangkan die memberikan kesan jangka masa panjang yang baik... mari kite tengok sikit petua2 lama untuk pelbagai jenis penyakit yang mudah diamalkan.... dan cara ini paling selamat dan berkekalan keberkesanannya...


.

1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan.

• Caranya : 
sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. 

amalkan: Dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.

Dan yang Paling Mudah.. Makanlah SET DIET SHAKLEE.. yang terbukti selamat dan berkesan..hehehhe





2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Cara; Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup.

Amalkan: disebelah pagi dan sebelum masuk tidur.






3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara: yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. 

Bahagian Sasaran ruam:  leher, punggung dan dada 






4. UBATI SAKIT DADA

Cara: Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata.

Amalan: minum setiap pagi sebelum sarapan.




5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin.

Cara: untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari.

Amalan: Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.



6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa.

Cara terbaik: untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


7. SIMPAN KELAPA PARUT

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT


Caranya: menghilangkan kedut-kedut  Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih.

Amalan:  Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.





9. PENYERI MUKA

Caranya ialah: cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. 

Amalan: Lakukan begitu seminggu sekali. 

Produk Shaklee pon ada SET WAJAH BERSERI..(VITA E, VITA C dan SUSU ESP)



10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Caranya: campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi.

Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.



11. MULUT BERBAU

Cara: Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu.

 Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.





12. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Cara: Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah.

Amalan; Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.




13. HILANGKAN DARAH TINGGI

Cara: ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. 

Amalan: Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. 

Yang Ni pon Boleh Jugak Cuba OMEGA GUARD SHAKLEE... untuk lebih cepat dan berkesan...heheh



14. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Caranya: Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.







15. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.







16. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT

Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa.

Amalan: Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.





17. PENAWAR BISUL/KUDIS

Cara: Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuh biji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila.

18. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

Cara: cubalah gunakan putih telur ayam kampung.

Amalan: Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

19. BILA NASI BERBAU HANGIT

Cara: cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

20. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

Cara: Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal.

Amalan: Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

21. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedas dan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

23. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN

Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.





Bermacam-macam petua yang ada dan main dilupakan... kita lebih suka guna ubat Farmasi dari menggunakan barang yang ada disekeliling kita yang mana sangat bermanfaat..:D


Hubungi Saya Untuk tempahan, pembelian produk shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma kesihatan pada bila-bila masa sahaja... <3 <3 


Ikhtiar, Sabar dan konsisten…. Berjaya
Siti Sarah 
1171773
sitisarah0801@gmail.com
Whatapps/Line/Insta 01115385604

No comments:

Post a Comment