Search This Blog

Saturday, 15 August 2015

Cheese Tart BlueBerry.....

Assalamualaikum...

Menulis lagi ari ni... sebab semalam baru je Buat satu jenis kuih yang sangat-sangat sedap...

Bersama 2 orang kawan baik saya.. Bahiah dan Hani... sama-sama kiteorang memulakan visi dan misi membuat tart cheese... Sebab kenapa nak buat ni adalah kerana.. ada orang mengidam nak makan...so buat la...Nasib la orang yang mengidam tu kata sedap....hehhe.. hilang la kempunan die nak makan..hehehhe

Ni la tart Comei Yang Terhasil... Comei tak..... Comei tak...nampak cantik kan... sedap pon sedap... boleh la cube-cube buat...hehehhe







A
Bahan-bahan untuk Base tart...

1. 170 g Butter (Saya Guna Buttercup)
2. 50 g Gula Aising
3. 1 Biji Telur
4. 200 g Tepung Gandum
5. 90 g Tepung Jagung
6. 1 Sudu Asen Vanila
7. Acuan Tart

B
Bahan Untuk Cream Cheese

1. 250 g Cream Cheese
2. 50 g Gula Kastor tau Gula Halus
3. 1 Biji Telur
4. 1/2 Sudu Esen Vanila
5. Blueberry Jem ..





Cara-Caranya untuk Bahan A (Base Tart)

1. Pukul Gula Aising dan Butter seketika.
2. Kemudian Masukkan Esen Vanila dan Telur.
3. Pukul Kesemua Bahan.
4. Apabila telah Sebati, masukkan Tepung Gandum dan Tepung Jagung Sedikit demi sedikit sehingga menjadi Doh.
5. Untuk mendapatkan Doh yang cantik... masukkan ke dalam peti ais semalam.. Tapi Kite orang tak massukkan dalam peti ais pon.. sebab tak ada masa..hehehhe..











6. Selepas doh siap... bulatkan kecil-kecil dan bentukkan ke dalam acuan Tart seperti di sebelah..(pastikan cucuk menggunkan garpu yer di tengah-tengah tart-supaya masak keseluruhan)
7. Kemudian Bakar dalam Pembakar dengan suhu 170 darjah cercius selama 15 minit..
8. Siaplah base Tart kite..heheh









Cara untuk Bahan B (Cream cheese)

1. Pukul Cream cheese dan Gula kastor seketika
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Kemudian Pukul seketika.. sehingga sebati.. siaplah... Cream cheese


Step Terakhir...Memasukkan Cream Cheese ke dalam Base Tart



Biar Gambar Berbicara..hehhehehhe

** Letak Sikit ja tau blueberry tu..klo tak nanti tak rasa Cheese die..hehhe (untuk orang yang suke cheese laa...)
**Corak tu berdasarkan kreativiti masing-masing... nak buat muka orang ke... rumput ke.. bunga ke... asal jadi..hehhe...
***corak tu..kiteorang guna pewarna je...asal nampak ada corak da cantik..heheh


Siaplah... Cheese Tart.. dapat laa dalam 50 bijik.... best buat ramai2... seronok..hehhe.. tambah lagi satu memori bersama kawan-kawan di UPMKB...

**Happy bila semua cakap sedap.. En. Awang, En.George, Nini, Erra.. semua cakap sedap.. siap mintak resepi... kire memang sedap lakan..hehehe

** Dikesempatan ni.. Nak ucap tahniah kepada En. George sebab dapat Babby Boy..Mesti Rambut Kerinting Macam en George..hehhehe....




Ni la Muka-muka Orang Yang Buat semalam..heheh...

Sekian..hehhehe

Hubungi Saya Untuk tempahan, pembelian produk shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma kesihatan pada bila-bila masa sahaja... <3 <3 


Ikhtiar, Sabar dan konsisten…. Berjaya
Siti Sarah 
1171773
sitisarah0801@gmail.com
Whatapps/Line/Insta 01115385604





Tuesday, 11 August 2015

Petua, Masalah dan Penyelesaiaanya...



Amalan amalan yang telah diamalkan oleh nenekk Moyong kita mula dilupakan.. sedangkan die memberikan kesan jangka masa panjang yang baik... mari kite tengok sikit petua2 lama untuk pelbagai jenis penyakit yang mudah diamalkan.... dan cara ini paling selamat dan berkekalan keberkesanannya...


.

1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan.

• Caranya : 
sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. 

amalkan: Dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.

Dan yang Paling Mudah.. Makanlah SET DIET SHAKLEE.. yang terbukti selamat dan berkesan..hehehhe





2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Cara; Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup.

Amalkan: disebelah pagi dan sebelum masuk tidur.






3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara: yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. 

Bahagian Sasaran ruam:  leher, punggung dan dada 






4. UBATI SAKIT DADA

Cara: Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata.

Amalan: minum setiap pagi sebelum sarapan.




5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin.

Cara: untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari.

Amalan: Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.



6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa.

Cara terbaik: untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


7. SIMPAN KELAPA PARUT

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT


Caranya: menghilangkan kedut-kedut  Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih.

Amalan:  Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.





9. PENYERI MUKA

Caranya ialah: cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. 

Amalan: Lakukan begitu seminggu sekali. 

Produk Shaklee pon ada SET WAJAH BERSERI..(VITA E, VITA C dan SUSU ESP)



10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Caranya: campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi.

Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.



11. MULUT BERBAU

Cara: Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu.

 Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.





12. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Cara: Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah.

Amalan; Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.




13. HILANGKAN DARAH TINGGI

Cara: ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. 

Amalan: Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. 

Yang Ni pon Boleh Jugak Cuba OMEGA GUARD SHAKLEE... untuk lebih cepat dan berkesan...heheh



14. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Caranya: Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.







15. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.







16. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT

Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa.

Amalan: Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.





17. PENAWAR BISUL/KUDIS

Cara: Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuh biji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila.

18. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

Cara: cubalah gunakan putih telur ayam kampung.

Amalan: Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

19. BILA NASI BERBAU HANGIT

Cara: cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

20. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

Cara: Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal.

Amalan: Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

21. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedas dan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

23. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN

Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.





Bermacam-macam petua yang ada dan main dilupakan... kita lebih suka guna ubat Farmasi dari menggunakan barang yang ada disekeliling kita yang mana sangat bermanfaat..:D


Hubungi Saya Untuk tempahan, pembelian produk shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma kesihatan pada bila-bila masa sahaja... <3 <3 


Ikhtiar, Sabar dan konsisten…. Berjaya
Siti Sarah 
1171773
sitisarah0801@gmail.com
Whatapps/Line/Insta 01115385604

Atasi Masalah HAID TerGanggu....




Jika Berbicara tentang masalah haid.. ramai orang yang mengalami masalah haid ...dari Pelajar sekolah rendah hingga la perempuan telah meningkat usia.....

entri sebelum ni kita da bercakap tentang pengertian haid dan pantang ketika haid, untuk mengelakkan penyakit-penyakit yang berbahaya...

Sebelum lebih jauh sebagai wanita islam terdapat beberapa perkara wajib yang patut kita tahu tentang haid terutamanya untuk mengetahui bahawa darah yang kita alami adalah sememangnya haid...



Antara perkara yang wajib tahun adalah:


1. Usia keluar darah haid adalah:

Umur kanak-kanak perempuan sekurang-kurangnya 9 tahun 


2. Tempoh haid:

Sedikit-dikit haid adalah selama 24 Jam... 
andai kurang daripada 24 jam ia tidak dikira sebagai darah haid.

Selama-lama haid adalah 15 hari, 15 malam 
dan anda kata lebih lama itu ia adalah darah istihadah (Darah penyakit, digalakkan berjumpa doc)


3. . Warna Darah Haid.

Terdapat beberapa warna darah yang dikatakan darah haid iaitu:
1. Merah
2. Hitam
3. Kuning pekat
4. Hitam kemerahan
5. Warna Kelabu

4. Tempoh Suci

Tempoh suci antara satu haid ke haid yang lain adalah 15 hari. 


Itu adalah serba sedikit yang saya belajar dari ustazah tentang haid... 

Terdapat banyak masalah yang dihadapi oleh perempuan-perempuan apabila memikirkan haid, antaranya:


1. Haid terganggu 

Yang mana haid datang sehari dua, kemudian stop sehari dua, kemudian datang semula.. ini menjadi masalah yang menganggu untuk mengetahui masa yang betul haid habis.

2. Kitaran haid tidak teratur

Yang mana haid datang seperti biasa pada bulan ini, tetapi terdapat beberapa bulan haid tidak datang ini menyebabkan kerisauan pada perempuan kerana merisaukan tahap kesuburan mereka.

Rajah Kitaran haid Bulanan.



3. Emosi terganggu kerana sakit (senggugut)

Ia biasa berlaku pada hari pertama dan kedua haid anda yang sampai muntah, demam dan tidak boleh bangun sehingga merangkak. Ini adalah kebaisaan yang dialami setiap bulan dan terpaksa ditanggung selama sehari dua dan ia sangat menyakitkan.






Terdapat beberapa produk yang telah dihasilkan untuk mengatasi masalah haid wanita dan salah satu produk yang telah terbukti keberkesanan yer adalah produk shaklee. Antara produk yang biasa digunakan oleh wanita yang telah bersuami, bujang dan remaja adalah:


1. GLA Complex shaklee


Antara produk yang paling ramai digunakan oleh wanita. Tujuan penggunaan untuk Untu membantu kesihatan sepanjang Bulan Haid, menyokong sistem imunisasi, dan secara keseluruhan membantu kesuburan wanita.

GLA mengandungi kombinasi minyak borange yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), Asid linolenik (LA), Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E. Produk ini juga mengandungi EPO (Evening primerose Oil) yang penting hormon dan kulit wanita. 



2. Susu ESP Shaklee


Susu Esp Shaklee adalah antara susu soya yang dapat membantu mengatasi masalah sakit senggugut semasa hari pertama dan kedua haid.

Wanita yang ada masalah hormon tak stabil : ESP dibuat daripada kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, bantu memulihkan hormon wanita. Lagipun hormon terbina daripada protein, kalau kurang protein mungkin penghasilan hormon juga terganggu. 

Penggunaan Susu ESP dapat membantu mengurangkan masalah itu dan keadaan diri kembali lebih ceria dan bertenaga.



Gabungan antara kedua-dua produk ini memberikan kesan yang sangat menakjubkan:




Nak tahu lebih Lanjut...Jom tanya saya???? banyak yang boleh dibincangkan..:D


Hubungi Saya Untuk tempahan, pembelian produk shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma kesihatan pada bila-bila masa sahaja... <3 <3 


Ikhtiar, Sabar dan konsisten…. Berjaya
Siti Sarah 
1171773
sitisarah0801@gmail.com
Whatapps/Line/Insta 01115385604


Awas Apabila Datang Bulan...

Assalamualaikum ....


Hari ni menulis lagi... terpikir pulak masalah wanita yang sentiasa berlaku setiap bulan... iaitu datang BULAN (PERIOD).... ini da jadi kebiasaan bagi setiap wanita... sebelum pergi lebih jauh .. apa itu Haid / datang bulan/period atau pelbagai-bagai nama lain lagi?????





Menurut dari Kitab Tuntutan Ibadah...

"Haid: iaitu darah yang keluar dari kemaluan perempuan pada masa sedang sihat afiat, ialah kerana menurut tabiat perempuan"

Definisi dari Website Fiqih Wanita:

"Haidh  adalah darah yang keluar dari rahim seorang wanita pada waktu-waktu tertentu sahaja yang bukan karena disebabkan oleh suatu penyakit atau proses persalinan, dimana darah itu merupakan sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah kepada seorang wanita."

Rujuk Kitab Fiqah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai darah Haid..










Ramai yang tidak suka bila datangnya haid, ini kerana ia menyebabkan segugut yang teruk, lesu, tidak bermaya dan emosi terganggu... ini menyebabkan hari-hari kite lesu dan tidak ceria...












Antara Pantang ketika Haid ialah :

1. Jangan Minum air ais, air bergas dan air kelapa ketika haid.


"Penyelidikan membuktikan, minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid tersisa/ terlekat di dinding rahim, selepas 5-10 tahun boleh menyebabkan "Kanse Rahim"".

2. Jangan Mencuci rambut kerana Liang kepala sedang terbuka pada saat haid dan ini akan menyebabkan sakit kepala (berlaku pada usia muda dan tua)

3. Jangan makan mentimun dan makanan yang tajam (timun, kangkung, teh, epal hijau, nenas dan lain-lain) semasa haid kerana getah yang ada pada mentimun boleh menyebabkan haid tersisa di dinding rahim.

4. Jangan makan Jamu, habbatussauda dan benda panas (kunyit) kerana ia boleh menghentikan pengeluaran darah haid.

5. Jangan biarkan tubuh terhentak, jatuh dan terpukul oleh benda keras terutamanya di bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah, rahim boleh terluka.

Andai kata datang Haid tu.. untuk perempuan islam Bacalah ayat ini di hari pertama datangnya haid..


Amalan Sunat yang dibuat, Insya Allah akan dicatitkan kebaikannya oleh Malaikat Tangan Kanan, dan ia menjadi saham akhirat.. Insya Allah... Jom tambah Pahala dengan Amalan Sunat.. :D


Datang Bulan merupakan antara waktu genting pada wanita dan terdapat beberapa pantang yang sepatutnya diamalkan atau dilakukan bagi mengelakkan kepada terbentuknya penyakit yang lebih serius pada masa akan datang...


Dan antara penyakit paling serius di kalangan wanita ialah kanser rahim... dan antara faktor terbentuknya kanser ini adalah dari Period yang tidak berpantang dan Period yang tidak teratur...


Tahap dan cara kanser merebak di pangkal rahim..


Setiap punca yang ada hanyalah asbab yang Allah nak bagi kepada manusia, dan semua pantang-pantang ini hanyalah salah satu asbab kepada penyakit tersebut.. yang lebih menyetahuinya hanya Allah...Punca yang sebenar hanya Allah yang mengetahuinya...

Sebagai manusia kita hanya mampu berusaha... amalkan atau tidak adalah bergantung kepada diri kita.. sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk mengelak.. andai penyakit datang juga.. itu adalah kerana Allah...

Sambil Baca pasal pantang, sambil tambah ilmu fiqah cikit..hehheheh

Terdapat beberapa produk Shaklee yang bagus untuk masalah haid yang tidak teratur dan gangguan kesihatan sewaktu haid antaranya Vita GLA shaklee, Susu ESP dan beberapa produk lain lagi.. untuk maklumat lanjut mengenai vitamin untuk atasi masalah ketika haid boleh bace info vita shaklee dan hubungi saya...:D

Hubungi Saya Untuk tempahan, pembelian produk shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma kesihatan pada bila-bila masa sahaja... <3 <3 


Ikhtiar, Sabar dan konsisten…. Berjaya
Siti Sarah 
1171773
sitisarah0801@gmail.com
Whatapps/Line only 01115385604



Monday, 10 August 2015

Ayam Butter Lemak BerkriM...

Assalamualaikum dan Selamat hari Raya...


Raya masih berbaki lagi.. still ada seminggu lagi hari raya.. dan semua orang mesti tengah berpusu-pusu ke rumah terbuka setiap kali ujung minggu kan... ni la masanya dan makan makanan percuma.. jimat belanja bagi student macam saya ni....hehhehe

semalam teringin betul nak makan ayam masak butter... so kiteorang pon cube la buat... risau betul tak jadi... lepas da siap..peh sedap kot... lemak berkrim...

Ayam Butter

Ni la hasilnya setelah siap di masak...huhuh... beli ayam RM4.58 kat farley boleh la makan 5 orang...hehhe

da alang-alang da pos gambo ayam Butter ni nak tulis resepi la jugak...


Bahan-Bahan

Untuk Ayam 

1. 10 ketul Ayam dipotong mengikut citarasa masing2
2. 1 cawan  Tepung Gandum 
3. 5 sudu Tepung jagung 
4. 1 sudu kecil Serbuk Kunyit 
5. Secubit garam
6. Sebiji telur

Untuk Salutan Butter

1. 2 Sudu besar Butter (Saya guna Buttercup)


2. Sedikit Minyak Masak
3. 1/2 biji bawang Besar
4. 4 Ulas Bawang Putih
5. Setangkai daun Kari
6. 2 keping Cheessdel
7. 3 Biji cili (bergantung kepada kepedasan yang diingini)
8. Susu Cair (andai tiada boleh gune bancuhan susu tepung (200ml air +5 sudu susu tepung))

Cara-caranya

1. Campurkan Tepung Gandum, Tepung Jagung, Serbuk Kunyit, dan Garam kedalam mangkuk.
2. Pecahkan telur dan kacau hingg bercampur.
3. Salutkan ayam dengan bancuhan telur, kemudian di salutkan dengan campuran tepung.
4. Kemudian, Goreng Ayam kedalam Minyak Yang panas. (Nak Goreng guna butter pon digalakkan)
5. Selesai untuk Ayam Goreng dan letakkan ke tepi.

6. Potong dadu Bawang Besar dan cincang bawang putih untuk rasa yang lebih sedap.
7. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak... kemudian masukkan butter .. 
   Note: pastikan api dalam keadaan yang kecil kerana butter cepat hangus. 
8. Kemudian Masukkan daun kari dan kacau seketika, selepas daun kari layu, masukkan kesemua bawang dan cili, goreng seketika.
9. Selepas itu, masukkan susu cair yang telah disediakan kedalam bahan tadi... biarkan seketika hingga likat.
10. Terakhir masukkan ayam goreng tadi keadalam bancuhan Butter dan biarkan sehingga likat.
11. Selesai..






Ini lah hasilnya.. Selamat Mencuba.....


Hubungi Saya Untuk tempahan, pembelian produk shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma kesihatan pada bila-bila masa sahaja... <3 <3 




Ikhtiar, Sabar dan konsisten…. Berjaya
Siti Sarah 
1171773
sitisarah0801@gmail.com
Whatapps/Line only 01115385604