Search This Blog

Monday, 14 September 2015

Bako National Park; Hari pertama

Assalamualaikum...

Tadi da bercerita pasal tempat menarik yang boleh dilawat di Kuching sarawak.. jadi sekarang kita pergi salah satu kawasan yang telah dilawati iaitu...


Bako National Park

Hari Pertama....

Mulakan Perjalanan dengan menaiki Bot ke Bako National Park... setelah siap makan pagi dan berkumpul.. Kami mula membayar yuran masuk ke taman negara sebanyak RM 10 seorang dan menyewa bot pergi dan balik sebanyak RM 30 seorang/pergi dan balik...


Jeti Taman Negara Bako

Menaiki Bot Ke Taman Negara

Pemandangan sepanjang perjalanan menaiki Bot


Gunung Santubong

Bakau




Jeti Taman Negara






Sampai Di jeti.. kami mula bergerak ke HQ taman negara..dan kami menyewa hostel dengan Harga RM60 semalaman, dan setiap bilik mempunyai 4 katil single dengan 2 kipas angin.. terlalu selesa.

Sebelum check in Kami berlegar-legar di sekitar kawasan Teluk Assam.. iaitu kawasan hadapan HQ..

Jom Cuci Mata dengan Keindahan TNBako: Waktu Pagi








Berlatar belakangkan Gunung Santubong

Selain daripada itu juga.. kami berjalan ke teluk Delima.. yang jaraknya 700meter dari HQ.. track ke Teluk delima adalah sangat selamat dan bagus.

Cuci Mata Gambar di Teluk Delima










Inilah Gambar diambil sepajang waktu Pagi di TNB...

Makanan di TNB boleh dibeli di Kantin TNegara makanan dia boleh tahan dan sedap... 

Aktiviti Waktu Petang: Ke Teluk Paku











Time kiteorg sampai di teluk Paku Air tenga Surut.. so Boleh la jalan-jalan menaiki batu-batu sekitar kawasan teluk paku tu..heheh.. tapi hati-hati sebab bahaya la jugak bagi yang tak biasa...

Tamat Sudah aktiviti Sepetang di TNB.. 

Malam lak kiteorang buat aktitivi night tracking.. mmg best..korang boleh tgok mcm2... Antara benda yang korang boleh tengok adalah ;

1) Probosis Monkey tengah tidur atas pokok
2) Klip-klip atau kunang-kunang di kawasan bakau
3) Kubang terbang di pokok kelapa

malam-malam memang banyak wildlife dan serangga... semestinya penuhkan masa sepanjang berada di Bako.. jangan Tidur di bilik je... rugi...hehhehe

Untuk Aktiviti ari kedua nanti kite story lagi.. nantikan dan tunggu...hehehe









Sunday, 13 September 2015

Tempat Menarik Di Kuching Sarawak.....

Assalamualaikum...

Lama da tak menulis blog ni.. rindu la pulak... Banyak Sangat bercuti Kan... Baru-baru ni saya baru je pergi ke kuching Jalan-jalan.. seronok.. Kuching mempunyai Taman negara yang Sangat cantik dan unik...

Antara Taman Negara Yang boleh dilawati Di kuching Adalah :

1. Taman Negara Bako..


2. Matang Wildlife Centre


3. Gunung Santubong


4. Bandar Kuching


5. Semenggoh Orang Hutan


6. Gunung Gading



Sebagai Budak Hutan.. Semua 6 Tempat Ni adalah tempat yang paling common kiteorang akan pergi jelajah.. seronok... terdapat banyak lagi tempat menarik.. tapi 6 tempat ni je yang saya pernah pergi dan saya merasai sendri berada di kawasan tersebut...


So Sape-sape yang melawat kuching .. jejaklah kaki ke tempat ni.. x rugi.. sebab ada banyak banda yang kita tak jumpa kat semenanjung akan jumpa kat cini...

selamat berjalan-jalan...Happy Holiday...


Sambil berjalan-jalan tu.. jangan lupa bawak Vita-C shaklee untuk tenaga berpanjangan.. supaya sentiasa bertenaga untuk ronda satu kuching.. rugi kalau penat dan tak sempat jalan semua tempat..hehhehe




Hubungi Saya Untuk tempahan, pembelian produk shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma kesihatan pada bila-bila masa sahaja... <3 <3 


Ikhtiar, Sabar dan konsisten…. Berjaya
Siti Sarah 
1171773
sitisarah0801@gmail.com
Whatapps/Line/Insta 01115385604

Saturday, 15 August 2015

Cheese Tart BlueBerry.....

Assalamualaikum...

Menulis lagi ari ni... sebab semalam baru je Buat satu jenis kuih yang sangat-sangat sedap...

Bersama 2 orang kawan baik saya.. Bahiah dan Hani... sama-sama kiteorang memulakan visi dan misi membuat tart cheese... Sebab kenapa nak buat ni adalah kerana.. ada orang mengidam nak makan...so buat la...Nasib la orang yang mengidam tu kata sedap....hehhe.. hilang la kempunan die nak makan..hehehhe

Ni la tart Comei Yang Terhasil... Comei tak..... Comei tak...nampak cantik kan... sedap pon sedap... boleh la cube-cube buat...hehehhe







A
Bahan-bahan untuk Base tart...

1. 170 g Butter (Saya Guna Buttercup)
2. 50 g Gula Aising
3. 1 Biji Telur
4. 200 g Tepung Gandum
5. 90 g Tepung Jagung
6. 1 Sudu Asen Vanila
7. Acuan Tart

B
Bahan Untuk Cream Cheese

1. 250 g Cream Cheese
2. 50 g Gula Kastor tau Gula Halus
3. 1 Biji Telur
4. 1/2 Sudu Esen Vanila
5. Blueberry Jem ..





Cara-Caranya untuk Bahan A (Base Tart)

1. Pukul Gula Aising dan Butter seketika.
2. Kemudian Masukkan Esen Vanila dan Telur.
3. Pukul Kesemua Bahan.
4. Apabila telah Sebati, masukkan Tepung Gandum dan Tepung Jagung Sedikit demi sedikit sehingga menjadi Doh.
5. Untuk mendapatkan Doh yang cantik... masukkan ke dalam peti ais semalam.. Tapi Kite orang tak massukkan dalam peti ais pon.. sebab tak ada masa..hehehhe..











6. Selepas doh siap... bulatkan kecil-kecil dan bentukkan ke dalam acuan Tart seperti di sebelah..(pastikan cucuk menggunkan garpu yer di tengah-tengah tart-supaya masak keseluruhan)
7. Kemudian Bakar dalam Pembakar dengan suhu 170 darjah cercius selama 15 minit..
8. Siaplah base Tart kite..heheh









Cara untuk Bahan B (Cream cheese)

1. Pukul Cream cheese dan Gula kastor seketika
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Kemudian Pukul seketika.. sehingga sebati.. siaplah... Cream cheese


Step Terakhir...Memasukkan Cream Cheese ke dalam Base Tart



Biar Gambar Berbicara..hehhehehhe

** Letak Sikit ja tau blueberry tu..klo tak nanti tak rasa Cheese die..hehhe (untuk orang yang suke cheese laa...)
**Corak tu berdasarkan kreativiti masing-masing... nak buat muka orang ke... rumput ke.. bunga ke... asal jadi..hehhe...
***corak tu..kiteorang guna pewarna je...asal nampak ada corak da cantik..heheh


Siaplah... Cheese Tart.. dapat laa dalam 50 bijik.... best buat ramai2... seronok..hehhe.. tambah lagi satu memori bersama kawan-kawan di UPMKB...

**Happy bila semua cakap sedap.. En. Awang, En.George, Nini, Erra.. semua cakap sedap.. siap mintak resepi... kire memang sedap lakan..hehehe

** Dikesempatan ni.. Nak ucap tahniah kepada En. George sebab dapat Babby Boy..Mesti Rambut Kerinting Macam en George..hehhehe....




Ni la Muka-muka Orang Yang Buat semalam..heheh...

Sekian..hehhehe

Hubungi Saya Untuk tempahan, pembelian produk shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma kesihatan pada bila-bila masa sahaja... <3 <3 


Ikhtiar, Sabar dan konsisten…. Berjaya
Siti Sarah 
1171773
sitisarah0801@gmail.com
Whatapps/Line/Insta 01115385604





Tuesday, 11 August 2015

Petua, Masalah dan Penyelesaiaanya...



Amalan amalan yang telah diamalkan oleh nenekk Moyong kita mula dilupakan.. sedangkan die memberikan kesan jangka masa panjang yang baik... mari kite tengok sikit petua2 lama untuk pelbagai jenis penyakit yang mudah diamalkan.... dan cara ini paling selamat dan berkekalan keberkesanannya...


.

1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan.

• Caranya : 
sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. 

amalkan: Dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.

Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan.

Dan yang Paling Mudah.. Makanlah SET DIET SHAKLEE.. yang terbukti selamat dan berkesan..hehehhe





2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

Cara; Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup.

Amalkan: disebelah pagi dan sebelum masuk tidur.






3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM

Cara: yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. 

Bahagian Sasaran ruam:  leher, punggung dan dada 






4. UBATI SAKIT DADA

Cara: Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata.

Amalan: minum setiap pagi sebelum sarapan.




5. HILANGKAN URAT DI KAKI

Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin.

Cara: untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari.

Amalan: Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.



6. RASA GARAM DALAM MASAKAN

Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa.

Cara terbaik: untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.


7. SIMPAN KELAPA PARUT

Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT


Caranya: menghilangkan kedut-kedut  Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih.

Amalan:  Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.





9. PENYERI MUKA

Caranya ialah: cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. 

Amalan: Lakukan begitu seminggu sekali. 

Produk Shaklee pon ada SET WAJAH BERSERI..(VITA E, VITA C dan SUSU ESP)



10. GARAM UBATI SAKIT GIGI

Caranya: campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi.

Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.



11. MULUT BERBAU

Cara: Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu.

 Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.





12. TUMIT KAKI TIDAK PECAH

Cara: Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah.

Amalan; Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.




13. HILANGKAN DARAH TINGGI

Cara: ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. 

Amalan: Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. 

Yang Ni pon Boleh Jugak Cuba OMEGA GUARD SHAKLEE... untuk lebih cepat dan berkesan...heheh



14. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN

Caranya: Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.







15. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR

Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.







16. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT

Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa.

Amalan: Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.





17. PENAWAR BISUL/KUDIS

Cara: Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuh biji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila.

18. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT

Cara: cubalah gunakan putih telur ayam kampung.

Amalan: Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

19. BILA NASI BERBAU HANGIT

Cara: cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

20. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL

Cara: Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal.

Amalan: Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

21. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)

Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedas dan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

23. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN

Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.





Bermacam-macam petua yang ada dan main dilupakan... kita lebih suka guna ubat Farmasi dari menggunakan barang yang ada disekeliling kita yang mana sangat bermanfaat..:D


Hubungi Saya Untuk tempahan, pembelian produk shaklee dan mendapatkan konsultasi percuma kesihatan pada bila-bila masa sahaja... <3 <3 


Ikhtiar, Sabar dan konsisten…. Berjaya
Siti Sarah 
1171773
sitisarah0801@gmail.com
Whatapps/Line/Insta 01115385604