Tadi da bercerita pasal tempat menarik yang boleh dilawat di Kuching sarawak.. jadi sekarang kita pergi salah satu kawasan yang telah dilawati iaitu...
Bako National Park
Hari Pertama....
Mulakan Perjalanan dengan menaiki Bot ke Bako National Park... setelah siap makan pagi dan berkumpul.. Kami mula membayar yuran masuk ke taman negara sebanyak RM 10 seorang dan menyewa bot pergi dan balik sebanyak RM 30 seorang/pergi dan balik...
Jeti Taman Negara Bako
Menaiki Bot Ke Taman Negara
Pemandangan sepanjang perjalanan menaiki Bot
Gunung Santubong
Bakau
Jeti Taman Negara
Sampai Di jeti.. kami mula bergerak ke HQ taman negara..dan kami menyewa hostel dengan Harga RM60 semalaman, dan setiap bilik mempunyai 4 katil single dengan 2 kipas angin.. terlalu selesa.
Sebelum check in Kami berlegar-legar di sekitar kawasan Teluk Assam.. iaitu kawasan hadapan HQ..
Jom Cuci Mata dengan Keindahan TNBako: Waktu Pagi
Berlatar belakangkan Gunung Santubong
Selain daripada itu juga.. kami berjalan ke teluk Delima.. yang jaraknya 700meter dari HQ.. track ke Teluk delima adalah sangat selamat dan bagus.
Cuci Mata Gambar di Teluk Delima
Inilah Gambar diambil sepajang waktu Pagi di TNB...
Makanan di TNB boleh dibeli di Kantin TNegara makanan dia boleh tahan dan sedap...
Aktiviti Waktu Petang: Ke Teluk Paku
Time kiteorg sampai di teluk Paku Air tenga Surut.. so Boleh la jalan-jalan menaiki batu-batu sekitar kawasan teluk paku tu..heheh.. tapi hati-hati sebab bahaya la jugak bagi yang tak biasa...
Tamat Sudah aktiviti Sepetang di TNB..
Malam lak kiteorang buat aktitivi night tracking.. mmg best..korang boleh tgok mcm2... Antara benda yang korang boleh tengok adalah ;
1) Probosis Monkey tengah tidur atas pokok
2) Klip-klip atau kunang-kunang di kawasan bakau
3) Kubang terbang di pokok kelapa
malam-malam memang banyak wildlife dan serangga... semestinya penuhkan masa sepanjang berada di Bako.. jangan Tidur di bilik je... rugi...hehhehe
Untuk Aktiviti ari kedua nanti kite story lagi.. nantikan dan tunggu...hehehe